SEJARAH SEKOLAH


Sekolah ini mula dibuka sebagai cawangan Sekolah Kebangsaan Ibrahim pada 1 Januari 1985.  Penyelianya pada masa itu ialah Allah Yarham En. Md Isa bin Salleh.  Bermula hanya dengan Blok A,B dan kantin.  Bilangan guru seramai 14 orang dan bilangan murid 300 orang ( Tahun 1 hingga 3 sahaja ).  Murid-murid terdiri daripada anak tentera dan anak orang awam.


Pada tahun 1986 sekolah ini telah wujud sebagai sekolah berasingan dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Kem Lapangan Terbang.  Guru Besar pertamanya ialah Puan Zaleha Shariff.  Bangunan C kemudiannya dibina hasil projek gotong-royong.  Bangunan baru sekolah ini telah diserahkan pada bulan Januari 2003 dan mula digunakan pada bulan April 2003.

LOGO SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN KEM LAPANGAN TERBANG
08000 SUNGAI PETANI
KEDAH DARULAMAN
TEL/ FAX: 04-4219770

VISI SEKOLAH

Menjadi sekolah Angkatan Tentera terbaik menjelang 2020.



MISI SEKOLAH

  • Memberikan pendidikan yang 'kamil' kepada setiap murid dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, dan kesenian.
  • Menyemarakkan sikap optimis kepada setiap pelajar bahawa mereka berupaya untuk mempertingkat kualiti pembelajaran sepanjang masa.
  • Memperbaiki dan mempertingkat mutu pengajaran dan pembelajaran.
  • Mempertingkat kegemilangan pencapaian pendidikan setiap pelajar.
  • Membina dan mewujudkan peluang untuk memperkembang potensi setiap pelajar.