Seperti kebiasaannya dalam meraikan sambutan hari guru, banyak program yang telah dilaksanakan di sekolah
Antara program pertama biasa dilakukan adalah dengan mengadakan perhimpunan rasmi. seperti biasa, program diadakan pada waktu pagi dan diteruskan dengan bacaan ikrar guru, menyanyikan lagu Guru Malaysia dan mendengar amanat daripada Menteri Pelajaran. Sesungguhnya, program yang diadakan ini dapat memberi semangat baru kepada guru untuk terus menaburkan bakti kepada pelajar dan negara
setrusnya acara memberi hadiah kepada guru-guru. Pemberian hadiah kepada guru dibuat secara individu dan mengikut kelas
Pada hari itu, guru akan mendapat pelbagai hadiah seperti bunga, pen dan buku. Sebenarnya guru-guru hanya mengharapkan pelajar berjaya dalam pelajaran dan mereka tidak pernah meminta hadiah daripada para pelajar
Acara persembahan
sambutan hari guru dimeriahkan lagi dengan persembahan yang dibuat secara individu dan kumpulan. Tujuan persembahan pelajar diadakan adalah untuk meraikan dan menggembirakan guru-guru. Antara persembahan yang biasa diadakan adalah seperti nyanyian,deklamasi sajak dan tarian

Di samping itu, para guru juga akan membuat persembahan. Tujuan persembahan guru ialah untuk menghiburkan pelajar.persembahan daripada guru ini dapat juga merapatkan hubungan antara guru dengan pelajar